Resipi Roti Sosej



Assalamualaikum
Ibu tulis resipi buat roti di sini supaya boleh jadi rujukan ibu dan anak-anak di masa hadapan.
Harini kita sihat, esok lusa kita belum tahu. Jika resipi ini tidak di kongsi kan ia akan hilang begitu sahaja.

Saya teringat, di Aidilfitri yang lalu anak jiran datang beraya ke rumah. Mereka sangat ramah dan mesra. Mereka memuji masakan mak saya yang sedap. 
Yes! Tak dinafikan semua masakan yang mak masak semuanya sedap.
Balik cerita temtang anak jiran tadi, mereka memberi tahu mak, mak mereka bila meningkat usia menjadi pelupa. Apa yang mereka masak semasa mereka kecil sudah tidak ingat lagi. Banyak masakan yang dulu sedap kini kurang menjadi. 
Mereka rasa menyesal kerana masa usia muda mereka tidak menuntut ilmu dari awal. 

Dari situ kita tahu penting nya kita mencatat segala resipi sedap yang ada. Dengan kecanggihan internet sekarang kita boleleh merakam langkah demi langkah untuk memasak sesuatu makanan itu.


Resipi Roti Bun

265gm 1biji telur + air
5gm garam
70gm gula
30gm susu tepung
500gm tepung roti
10gm kfine (pelembut roti)
11gm yis
50gm majerin

Saya masukkan di dalam breadmaker mengikut turutan dari cecair ke bahan kering

Roti apa yang saya buat ni? Hihihi saya teringin nak buat roti sosej macam orang lain buat yang bulat dan comel. Tapi bila saya nak buat, doh tu tak berapa menjadi bentuknya seperti yang saya hajatkan.
Jadi nya saya belasah sahaja lah bentuk apa pon. Yang penting dia nipis dan saya boleh susun sosej di atas nya.



Comments

Popular Posts